MAUT PISAH CINTA



IRFAN&NISHA
ketika maut memisahkan cinta mereka , serta-merta dunianya menjadi kelam dan gelap-gelita. bila diingatkan kembali , semuanya terasa menyesakkan dada. kehilangan nisha dalam hidup anak muda yang dikenali dengan nama irfan hakimi ini cukup memilukan. apatah lagi kematian tersebut berlaku secara mendadak. segalanya di luar jangkaan irfan hakimi. nisha di temui mati oleh keluarganya di dalam bilik tidur nya. gadis itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu meminta izin untuk masuk tidur kira-kira jam 1.00 pagi.

kematian nisha telah meragut seluruh kebahagiaan hidup irfan. istana yang dea impikan selama ini hancur musnah di saat mimpi-mimpi mereka bersatu. terlalu sukar untuk irfan menerima berita kematian nisha itu. lemah longlai seluruh jiwa raga nya. jantung seakan terhenti berdenyut buat sketika. pandangan serta-merta menjadi kosong. terlalu berat ujian tuhan buat irfan. namun , irfan pasrah dengan ketentuan yang telah tersurat. tetapi irfan tidak mampu melawan kesedihan ini. irfan amat mencintai nisha dea lah satu-satu nya wanita yang telah berjaya mengetuk pintu hati irfan yang selama ini terkunci erat.

penampilan fizikal nisha yang telah membuat irfan terpikat. cantik , berlesung pipi , bertubuh langsing , berkulit putih dan berambut panjang *untung lah kalau aku kurus dan putih macam dea* . nisha amat mengagumi sikap serta kejujuran irfan yang secara gentleman  menyatakan rasa cinta nya pada nisha. irfan bernasib baik kerana cinta nya tidak bertepuk sebelah tangan. nisha menyambut cinta irfan dengan penuh kasih sayang. hubungan mereka mendapat restu daripada kedua belah pihak keluarga dan mengikat tali pertunangan selama setahun. nisha juga mengimpikan perkahwinan yang gilang-gemilang dan dibuat secara besar-besaran.

hari-hari bersama nisha penuh dengan kebahagiaan. mereka tidak pernah bergaduh panjang. rajuk nisha juga tidak pernah lama. paling teruk pun empat jam *kalau aku due tiga hari kadang-kadang seminggu*
 dalam perhubungan mereka lebih mengamalkan sikap terbuka , saling mempercayai dan sentiasa bertolak ansur. jika timbul rasa tidak puas hati , mereka lebih senang duduk semeja dan berbincang dari hati ke hati. mereka juga saling hormat menghormati perasaan masing-masing.

5 februari 2005 sepatutnya adalah hari yang paling bermakna dalam hidup mereka berdua *aku kalau bole nak bulan november* . tetapi perkhabaran yang irfan terima kira-kira jam 8.45 pagi membuatkan hari tersebut seolah-olah telah menghancurkan seluruh hidup nya.di fikiran irfan hanya terbayang impian cinta yang tidak kesampaian dan detik-detik pilu sewaktu nisha menghembuskan nafasnya yang terakhir. dea bersendirian sewaktu itu !

NISHA ! MENGINGATI MU MENBUATKAN AIR MATA LELAKI KU INI TIDAK PERNAH KERING KONTANG. SESEKALI APABILA TERKENANGKAN DIRI MU DAN IMPIAN CINTA KITA YANG HANCUR BERDERAI , AKU MENANGIS SENDIRI. AKU TIDAK MALU UNTUK MERATAP PILU. AIR MATA KU HANYA UNTUK MU YANG TERCINTA !
SAMPAI BILA-BILA INILAH AKU , LELAKI YANG AMAT MENCINTAI MU , SETIA DAN TIDAK HANYA BERPEGANG PADA JANJI KOSONG ! TERLALU BERAT UNTUK AKU MENERIMA HAKIKAT KEMATIANYA DI SAAT HARI BAHAGIA KAMI HAMPIR TIBA. HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU SENGSARA DAN HIBA NYA AKU. APATAH LAGI SETELAH MELIHAT INAI MERAH DI KEDUA BELAH JARI KAKI DANG TANGAN NISHA YANG KAKU ITU. TETAPI AKU BERSYUKUR APABILA MELIHAT WAJAHNYA YANG KELIHATAN BEGITU TENANG SEKALI , SEOLAH-OLAH SEDANG TERSENYUM. MTANYA TERTUTUP SEPERTI ORANG YANG SEDANG TIDUR DAN BERMIMPI INDAH. AKU PERCAYA NISHA PERGI DENGAN AMAN.

dalam kepahitan itu irfan terpaksa merelakan pemergian nisha. majlis gilang gemilang bertukar menjadi sendu pilu. kehilangan nisha meninggalkan kesan yang cukup besar dalam diri irfan. tetapi irfan harus cekalkan hati dan meneruskan kehidupan ini walaupun tanpa nisha di sisi. irfan tahu , dea perlu menutup seluruh bahagian masa lalu nya yang sedih itu. namun hingga ke saat ini dea masih tidak berdaya meskipun telah mencuba. irfan tidak mampu untuk menghapuskan detik-detik indah bersama nisha. irfan tetap mencintai dan akan terus mencintai nisha buat selama-lamanyaa !

 okayy cerita ini kisah benar. berlaku pada tahun 2005 , lama kan. sayabuat entri nie untuk korang jugakk. sedih sangat harap korang feel it kalau bosan takya dahh bace. kenapa saya aku buat entri nie ? ACIK KENT PUNYA SUKA LAH !

hargai kasih sayang korang selagi dowg masih ada. jangan nanti dah tak ada baru nak terhegeh-hegeh tengok gambar diandalam bilik sowg-sowg. haa ada masalah tu jangan dibiarkan bernanah pulak letak anti septik cepat-cepat. okaay ?

~habiss~
Assalamualaikum

MATA PANDANG ATAS TANGAN DI BAHU